February 22, 2014

Belgium Biscuit & Waffle

Assalamualaikum...

Entry kali ni saya just nak share snack kegemaran saya...Caramelised Biscuit. Ada cerita di sebalik biskut ni..hehe. Pertama kalinya saya jumpa biskut ni secara tidak sengaja di Seoul, Korea last year. Time saya jalan-jalan kat Namdaemun Market. Terjumpa sebuah kedai menjual snack seperti gula-gula..biskut..keropok..kecik jer kedai tu tapi customernya agak ramai. Mostly makanan dijual disitu menarik-menarik belaka..tapinya hanya biskut ni saja mengamit saya untuk membelinya. Dengan harga 3,000 Won saya beli biskut tu.

Menyesal sangat beli sebungkus jer biskut tu..sebab sedapppppp lah sangat. Hargapun murah. Kemudiannya kami balik Malaysia..semua supermarket kami pergi cari tapinya takde satupun jual biskut ni. Dan akhirnya, baru-baru ni my sis terjumpa biskut ni di Jaya Groceries area Tropicana..jom tengok photo 


 Happy sangat sebab boleh makan berkali-kali biskut ni. Yang saya beli di Korea ritu double yang ni..yang ni ada 25 pcs..yang saya beli ritu dalam 50 pcs. Harga yang ni dalam RM7 lebih..yang besar my sis cakap dalam RM13 lebih.


packet2 camgini rupa dia yeee...biskut ni made in Belgium. 


Next..yang saya nak share ni pulak Belgium waffle yang lembut dan sedap sekali..


Saya order 2 jenis..yang plain dan juga topping vanilla ice cream. Harga yang ada topping kalo tak salah dalam RM10 lebih dan yang plain dalam RM5 lebih. 


 Bagi saya..yang plain lebih sedap. Lagi sedap kalo ada chocolate sos..malangnya takde 


Boleh try makanan ni di Coffee Etc, Oasis Ara Damansara.

Dah lama dah tak menulis entry pasal travel..rindu rasanya..hehe. Maybe jari-jemari ni kena berehat untuk menulis pasal travel pada bulan May ni. Fuuhhh..lambat lagi tuh..hmm..what to do. Harap2 apa yang saya idamkan akan dipermudahkan oleh Allah..Aminnnnn...

February 8, 2014

Pisang Sangkuriang


Assalamualaikum...

Pisang Sangkuriang?? Apakah?? Bagaimanakah?? Hmmm...Pisang Sangkuriang ni adalah menu  yang terdapat di Bandung. Pertaman kali mencubanya membuatkan saya fall in love with the taste of combination  pisang, coklat dan juga cheese. Bila dibelek-belek rupa dan juga rasa, senang jer nak buat resepi pisang sangkuriang ni.  


 ini adalah rupa Pisang Sangkuriang yang saya makan di Lembang Floating Market, Bandung. Saya tak sangat kenal nama-nama pisang...tapi yang ni pisangnya sedap sekali. Kalau pisang emas memang saya kenal sangat...tapi yang ni..I don't know :(
 

Taraaa...this one saya buat pagi tadi..Tak berapa ada rupakan?? hehehe
Memula saya goreng pisang tu..sekejap jer. Bila angkat dari kuali...saya letakkan coklat masakkan yang saya sagat dan juga cheese yang disagat...kena letak cepat2 sementara pisang ni masih panas supaya bahan-bahan tu boleh melt..susu pekat jer takde nak letak...bila dirasa kedua-dua jenis pisang ni...ternyata yang coklat lebih sedap :)

Bila difikir-fikirkan balik..bestnya travel  sebab boleh try makanan-makanan yang belum pernah dirasai. Disamping itu boleh bagi idea kat kita untuk cuba masak. Travel around the world ni seolah-olah macam food hunter disamping explore tempat-tempat menarik. For me..travel and food seolah-olah isi dan kuku..tak boleh dipisahkan. Kekadang tu bila travel..plan bukan main nak masak serunding la..sambal ikan bilis la..memang la ada pernah buat gitu..tapi makan sikit jer..dok habiskan duit membeli local food. Kadang-kadang tu duit banyak abis untuk makanan  sebab nak try makan macam-macam. For next trip..InsyaAllah nak try berjimat untuk makanan...hehe.