May 8, 2015

China (Xingping) - Part 3

Assalamualaikum...


Terkedek-kedek tul nak menulis blog...haish..takut lupa jer pengalaman time di Yangshuo. Dah sampai part day 2 in Yangshuo. Kali ni punya trip kami try sehabis boleh taknak pakai tour agent untuk ke satu-satu tempat. Kami decide nak buat semuanya sendiri. Staff hotel tu dah pandai..dia gunakan 1 apps yang boleh translate Mandrin-English. Yang paham yang kami nak tengok view kat note 20 CNY. Dia cakap tempat tu jauh. Dari pemahaman kami, kami perlu naik bus untuk ke tempat tu. Pepagi tu kamipun nak mulakanlah perjalanan yang tak pasti tu..nasi dan lauk Berahim semuanya saya dah pack..konon-konon nak picnic kat Li River lah..hehehe.

Staff hotel yang tak tau english langsung tu bawak kami ke main road...dia tahan 1 electric car yang boleh menempatkan dalam 10 orang gitu..tambangpun dia bayarkan. Tak salah saya 1 CNY jer. Bila dalam 15min...sampai lah last station. Dia mintak kami ikut dia lagi..jalan sampai la ke bus station. Kebetulan time tu ada bus yang nak ke Xingping Town kut..dia suruh kami naik.. Then dia cakap-cakap dengan conductor bus tu..kami perlu bayar sendiri tambang bus tu. Memang blur abis la time tu sebab kami fikir nanti bus tu akan stop mana. Kamipun fikir la..maybe staff hotel tu dah explain mana kami akan turun.

Bus time tu dah full. Nasib baik ada extra seat yang dibuat dari kayu. Seat tu betul-betul belakang driver bus. Terpaksa la menjadi tontonan semua penumpang dalam bus tu. Semua pandang kami pelik-pelik..ntah bangsa apa la kami ni yang dorang fikir...hahahaha.



Sepanjang perjalanan...view memang cantik. Banyak gunung-ganang yang ditebuk dijadikan terowong gini.




Rumah-rumah mostly macam ni.


Kat satu area macam tasik ni tetiba bau busuk sangat...rupanya beribu-ribu ikan, saya agak dah mati..berterapung atas permukaan tasik..kenapalah agaknya kan




Sampai pulak satu kawasan...tar dah takde..berhabuk giler. Nasib baik driver bus tu tutup tingkap. Oh ye..bus ni takde aircon yer..Ada 1 part ni…bus ni stop area pasar..ramai lah orang naik sampaikan ada yang berdiri. Tetiba ada sorang ahso ni bawak naik ayam hidup-hidup yang just ikat kaki..nyaris ayam tu nak terbang kat kitaorang yang duduk depan ni…hahahah. Kamchong arrr. Saya fobia dengan ayam sebab pernah 1 masa dedulu saya dikejar bapak ayam...eh ada yang fikir lain pulak. Ayam jantan maksud saya..dia terbang nak cakar bahagian belakang saya..pastu saya apa lagi..ngelak lah sampai ala-ala buat gymnastic yang lentokkan body kedepan sambil langkah panjang...hahahaha. Akhirnya ayam tu kena sembelih kami makan 1 family. Sekian..


Setelah lebih kurang 1 hour..sampailah kami di Xingping Town


Xingping Town yang tak besar. Area kami turun dari bus tu ada banyak bus yang bawak tourist.


Bila turun dari bus..eh mana orang yang janji nak tunggu kami tu?? Hah sudah. Dah la panas membahang sampaikan air sebotol minum pun tak cukup..hahahaha. Gabra gila dah time tu. My sis terus call manager hotel kami stay tu. Bila my sis bagitau keadaan kami time tu sebab dia tak tahu menahupun kemana kami that day sebab dia outstation. Semuanya diuruskan oleh staff dia tu. Dia tanya kami kat mana...memang tak tahu lah kat mana kan..adoiii...kebetulan ada mamat Taiwan area tu yang kami sangkakan orang China. Dialah yang explain melalui hp location kami tu. Si mamat tupun cakaplah manager tu suruh kami tunggu sebab orang yang nak ambik kami tu jammed.

Sementara nak tunggu orang yang nak ambik kami tu..bersembang sakan lah kami dengan mamat tu. Time tulah baru tau dia dari Taiwan. Saya ni tak pernah ke Taiwan..so nak tahu dia Taiwan tu macam mana. Menurut mamat tu Taiwan lebih bagus dari China...dan culture dorang more to Japan. Mamat tu macam photographer...dia advise kami daki bukit area Xingping tu untuk tengok view dari atas. Dalam half an hour jer boleh sampai ke puncak katanya..tak mampu lah saya...hehehehe. Dia sebenarnya sedang tunggu bus untuk ke Guilin. 

Akhirnya sampailah driver kami tu..disebabkan jammed dia terpaksa park jauh sikit. Disebabkan keadaan tu..kami berpengalaman melalui lorong building lama Xingping Town


Old building yang kebanyakannya adalah kedai


 
Kenderaan kami merupakan tuk-tuk yang dipandu oleh seorang perempuan. Perjalanan yang lebih kurang 10 minit tu melalui stall souvenir. Orang memang ramai sangat.

View ketika merentasi jambatan...

Kenapa kami bersusah payah ke sini?? Asalnya kami nak naik cruise dari Guilin ke Yangshuo yg akan melalui view2 yg cantik sepanjang Li River, tp last minute tukar plan nk terus port di Yangshuo. So, inilah cara terbaik nk rasa pengalaman tersebut.


Inilah route kami berakit. Dari Xingping Town ke Yangdi. Perjalanan pergi balik mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ketika menyusuri Li River ni..kita boleh menyaksikan alam semulajadi yg sgt indah. Gunung-ganang sepanjang Li River ni dikatakan ada bentuk sesuatu.


 
Tengok jer ni...melompat tak sabar nak berbamboo raft..hehehehe



Mission mencari view dalam note 20CNY...hehehehe. Bayaran sebanyak 150CNY/person adalah termasuk transport dari Xingping bus station dan juga bamboo raft. Bamboo raft yang kami naik ni bukan original bamboo ye...tapinya UPVC pipe yang dijadikan seolah-olah seperti bamboo. 

 
Ayuh kita....hehehehe


 
Bila tengok view di sepanjang Li  River...asyik wahh sana wahhh sini...heheeheh. Tenang betul bamboo raft trip ni..angin pulak nyaman..hilang segala haus..tired..panas..masalah..langsung tak fikir kesusahan apa pulak bakal kami lalui untuk balik ke Yangshuo..hehehe


Bentuk gunung-gunung ni ada maksudnya tapi saya tak berapa nak alert sangat.


See?? Berselerak bamboo raft...ada juga cruise ye. Rasanya cruise2 tu datangnya dari Guilin.

 
Driver bamboo raft ni ok jer kalau kita nak stop kat mana-mana tepi sungai ni. Dia juga pentingkan keselamatan...selalu make sure kami pakai safety jacket sebab air sungai ni mengalir agak deras


Asyik cari jer view 20CNY ni...tak jumpa-jumpa...mana niiiii!!! Driver bamboo raft pulak tak pandai english..asyik tunjuk-tunjuk jer tapi tak nampak2 jugak.



Kami stop di sini. Nak kira kepala kuda. Gunung ni panggil Nine Houses. Kalau terer..try kira cukup tak 9 kuda :)
Syoknya stop kat sini...saya boleh try baju tradisional orang cina :)



Untuk pakai baju ni just 10CNY plus 15CNY untuk gambar ni...yeeeee!!!


Bahagian tengah-tengah sungai ada batu...bahaya ni!!!



Bila sampai tempat asal kami naik...berpicnic lah kami atas bamboo raft...baik hati driver tu...dia bagi makan atas bamboo raft dia yang asalnya kami nak makan di tepi sungai yang tak berapa sesuai.

Agak terkilan lah tak jumpa view macam atas note 20CNY tu...tapiiiii...jeng jeng jeng...


Sebenarnya my sis dah snap tanpa sedar view tersebut...view ni boleh dilihat tak jauh dari tempat kami makan tu...hehehee



Nampak besi tu..itulah view deck 20CNY tu...


Nak balik ke Yangshuo menjadi masalah. Kami dihantar ke Xingping Town dengan sebuah van...ada 2 orang lagi amoi bersama-sama kami. Alhamdulillah...amoi ni tau english. Dorang bawak kami ke station bus sambil-sambil shopping souvenir di deretan kedai bangunan lama yang kami lalu tadi.


 
Kami beli fridge magnet di sini

Bila dah sampai bus station yang langsung takde rupa bus station, kami terpaksa Q untuk naik bus.Asalnya saya dah halfway cilok masuk bus tu..hahahahha..semua orang yang Q tengok semacam jer..terus my sis marah suruh turun..wakakaka. Buat malu bangsa jer..adoi. Bus tu dah full tapi orang Q macam perlu tunggu 2-3 buah bus lagi...hah sudah. Dah la panas..terpaksa Q tengah panas pulak. Kami berpisah dengan dua orang amoi tu setelah kami confirm mana nak tunggu bus. 

Syukur sangat time tu...bus sebelum yang full tu tetiba cakap boleh naik lagi dua orang. Amboiii cakap tu...macam la paham..hahahaha. Ala...conductor tu sebut Yangshuo..sure la paham kan. Disebabkan kami dua orang yang last berbaris...kami terus lari masuk bus tu yang just pintunya tepi kitaorang jer...syukur sangat. Bus yang asal saya meluru nak naik tupun lum gerak lagi...tapi bus yang kami naik tu dah gerak. Sekali lagi kami jadi tontonan penumpang lain sebab kami duduk di extra seat belakang driver...hehehehe. Berkali-kali kami confirm dengan conductor bus tu yang bus ke adalah ke Yangshuo..takut jugaklah kalo bukan kan. Sampaikan kami bukak map tunjuk word Yangshuo dlm bhs cina. Walaupun duduk dalam tidak berapa selesa...kami sempat tido seround...hahahha.

Setelah sampai Yangshuo..kami gerak balik ke hotel then baru keluar balik ketempat lain pulak. Rehat-rehat sikit lah kan. That day saya minum air berbotol-botol..1st time in my life rasanya dahaga sangat..hehehehe.

That day adalah 1 hari yang sangat memberi banyak kesan dalam diri kami. Kami sedar…walaupun Allah duga kami, dalam sekelip mata Dia berikan kami pertolongan. Besar betul pengalaman tu. Sepanjang di Yangshuo dan Xingping..ada jer orang bantu kami. Semua yang berlaku kadang-kadang tak terduga. Travel ni bukanlah untuk kita susun dah berapa negara kita pernah pergi..tapinya untuk luaskan pemikiran kita dengan melihat sesuatu yang berbeza dari apa yang kita lihat di negara kita. 

Ok guys...see u all in next entry...

10 comments:

  1. rasanya tempat gambar duit tu kalau menyusur ke arah xing ping baru nampak.

    selepas gambar ikan kat tepi batu

    ReplyDelete
  2. Supermeng --> A'a..org tu bawak halfway time patah balik tu..kalau dia terus skit lagi..boleh nampak la

    ReplyDelete
  3. mission accomplished...yeah !!
    Pengalaman di universiti kehidupan itu sangat berharga, tidak dapat dijualbeli...

    ReplyDelete
  4. Memang menarik ....

    Terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  5. Azra --> betul betul betul..eh mcm upin ipin pulak..hehehe

    ASP --> betul akak..syukur sangat diberi peluang merasa pelbagai pengalaman yang mengajar erti kehidupan

    GA --> Sama-sama..terima kasih sudi baca :)

    ReplyDelete
  6. Seronok jadi alien sesekali... hehe

    ReplyDelete
  7. Betul tu Zila, travel ini bukan untuk kita susun berapa negara kita dah pergi. Yang penting pengalaman yang tidak pernah kita alami di tempat sendiri.

    ReplyDelete