March 26, 2024

The Great Land of England (Yorkshire) - Part 3

Assalamualaikum..

Sambungan dari kisah York ke Knaresborough dan seterusnya menyambung perjalanan membelah kabus..amboii....hehe. Niat kami ketika itu adalah untuk menuju ke Skipton. Sebenarnya saya teringin nak overnight di Haworth iaitu small town berbackgroundkan ladang berbukit-bukau. Bila tengok keadaan macam tak sempat nak sampai sebelum gelap. Kami bertawakal menuju ke Skipton dulu dengan mission nak ke Skipton Castle.

Perjalanan ke Skipton melalui padang rumput luas dan sesekali ternampak sekumpulan kambing biri-biri. Inilah moment yang saya teringin sangat akhirnya tercapai. 
Saya perhatikan ladang-ladang sepanjang jalan. Kadang-kadang hanya pokok setinggi pinggang dijadikan pagar. Yelahh luas sangat kut ladangnya....cut cost untuk fencing. Can imagine lalu jalan ni waktu malam?? So creepy.
Ketika melalui 1 roundabout..my sis nampak signboard ice cream Ripley. Dari Knaresborough dia asyik teringin nak makan ice cream. So, kami decide singgah jap Ripley Castle. Dari roundabout tu, tak sampai 5 minit pun untuk sampai ke sini. Setakat 2 locations kami stop ni, setiap parking kami spent GBP 1 for one hour.
Ripley town ni agak sunyi. Orang yang ada boleh dikira jari...hahaha. Di dalam small town ni ada sebuah castle. 
Jom kita beli ice cream
Wow menariknya
Memang sedap lah ice cream ni. Berbaloi lah kami singgah.
Admire sangat lah building dekat sini. Kami just duduk dekat luar ni sambil menikmati kelazatan ice cream. 
I wish i have one
Nak masuk castle ni perlu bayar ye. Kami just berlegar di luar ni.
Ada tea house. Nasib baik dah kenyang..kalau tak mesti nak makan scone pulak kat sini...hehe.
Macam ni lah Skipton Castle. Saya snap dari luar gate.
Dari luar castle.

Jam hampir 3pm. Kami ada another 2 hours sebelum gelap. Sempatkah sampai Skipton? Di mana kami nak bermalam sebenarnya. Macam-macam lah di benak. Time ni belum nak rasa risau sangat pun...hehehe. Kami meneruskan perjalanan. Kali ni lebih adventure. Ada masanya kabus yang amat tebal, ada kalanya hutan belantara di kiri kanan jalan dan ada kalanya ladang-ladang dipenuhi dengan snow dan ada kalinya jugak ladang yang dipenuhi banjir. Amazing sangat. My sis sporting betul, kejap-kejap dia stop bila ada ruang besar di jalan yang boleh stop sekejap untuk saya snap view. Memang bersilat sakan saya snap saya sini..kejap guna hp my sis...kejap hp saya...hahaha.

Melalui deretan rumah
Lama saya perhati apa benda lah putih-putih tu..rupa-rupanya snow.
Kelamaan makin jelas snow dan kabus makin tebal. Sunyi sepi sepanjang beberapa km.
My sis stop sekejap macam kawasan rehat gitu. Saya pun keluar lah kejap. Snow kat sini maybe dah beberapa hari sebab dah agak keras.
Saya perhatikan keadaan jalan Alhamdulillah tak membahayakan seperti bergaung semua tu. Hilly sikit-sikit jer. Simpang siur pun sikit-sikit saja.
Saya ada satu novel..home at a Yorkshire farm..menarik novel tu. Si Dora ni mewarisi farm atuk dia. Dia bela kambing biri-biri jenis muka hitam bulu putih tu. Dari novel tu dapatlah saya tahu kesusahan pengusaha ladang di musim winter. Kadang-kadang kambing biri-biri ni kena curi. Cost nak maintain ladang pun akan tinggi. Dari main road nak ke farm house pun takde proper jalan. Banyak betul cabaran si Dora tu nak usahakan farm dia. Saya suka cara penulis tu ceritakan view ladang...macam boleh imagine..sama macam yang saya saksikan dengan mata sendiri.
Pagar pun macam tak bertahan lama jer. Stone wall memang nampak long lasting.
Kami bertawakal jer percayakan GPS..internet langsung takde. Manusia pun takde. Sesekali jer jumpa kumpulan kambing biri-biri. Internet langsung tak boleh guna. Bersyukur betul kereta tu ada GPS. Tetiba jalan patut kami lalu, di tutup. Nak tak nak terpaksa lalu simpang ke kiri.
Jumpa cottage yang menyeramkan. Sesekali nampak orang berjalan sambil membawa hiking stick. Di sebalik stonewall tu terdapat tasik. Time saya menaip ni saya try search di Google map "Fewston". Barulah tahu yang tempat ni tasik tu sebenarnya reservoir. Dan tempat ni merupakan tempat orang hiking. Bila street view di google map...lawa jer tempat ni...hahaha. Gloomy dan berkabus menyebabkan nampak seram...hahahha.
Kami follow jer GPS lepas tu..hening dan sepi lah jalannya. Kiri kanan ladang berpagarkan stonewall berlumut. Sepi kemudian sepi makin sepi jalannya...dan akhirnya jalan biasa menjadi luar biasa. My sis steady jer drive...saya gelabah. Dia follow jer GPS. Jalan yang kami lalu hanyalah lorong tanpa tar. Di sebelah kanan macam curam ke bawah dan hutan tebal. Di sebelah kira pulak ladang. Sesekali melalui air bertakung. My sis redah jer. Dalam 10 minit jugak lah. Akhirnya nampak jalan besar. Dah lalu jalan besar back to jalan tadi yang ditutup tu. Gelabah lagi lah saya...hahaha. GPS masih tunjuk jalan yang sama kami lalu tadi. Saya cakap kat my sis..jangan nak ikut jalan tadi lagi...kita turn lah mana-mana simpang kita jumpa. Alhamdulillah...jumpa satu simpang...turn lah kami dan GSP reroute, then kami tak lalu dah jalan tadi...berpeluh rasa.
Kalau nak u-turn pun tak nampak ruang untuk u-turn. Saya dah imagine macam-macam time ni...hahaha. My sis tenang betul. Dia asyik puji kereta tu performance macam 4WD.
Melalui cottage yang kelihatan 2-3 buah saja. Sunyi sepi keadaannya. 
Stonewall di sini berwarna gelap..jika di Cotsworld warna kekuningan.
Walaupun jalan ni macam lorong kecik jugak, tapi bertar dan ada juga kenderaan lain lalu.

Discuss punya discuss, kami decide nak cari dulu hotel yang dekat-dekat kami ketika tu. Taip lah travelodge dan pilih yang terdekat. My sis drive ikut GPS. Lalu ladang-ladang yang kekadang jer jumpa rumah. Lepas tu lalu macam town sikit. Lepas tu lalu pulak perumahan dan kami makin naik ke tanah lebih tinggi. Keadaan bertukar seperti kami di atas gunung...hahhh sudah. Kiri kanan berkabus tebal. Sesekali nampak orang sedang berjalan meredah kabus di kawasan lebih tinggi. Ishhkk...mana ni??  Dan akhirnya kami sampai di tempat yang ditunjuk GPS. Ada bulding dua tingkat yang bernama The Cow and Calf. Nampak macam small hotel atau inn. Banyak kereta park dekat situ. Tak macam rupa traveloge. Kami masuk ke dalam building tu...ada restaurant atau pub. Happening betul dengan music dan orang ramai. Kami tunggu di depan cashier untuk tanya pasal bilik. Kami disuruh tunggu. Sesekali waiter keluar dari kitchen sambil bawa plate pelbagai jenis makanan. Yang part dessert tu buat saya terliur...tapi itu bukan masanya...hahaha. Orang ramai berada di mana saja dalam restaurant atau pub tu. Ada yang berdiri ada yang duduk. Ada bersembang-sembang sambil teguk beer. 

Akhirnya restaurant manager datang jumpa kami. Rupa-rupanya bahagian atas building tu ada bilik tapinya full. Pelik betul lah tempat sunyi tetiba happening kan. Saya cuba google location kami time tu...ok ada line..rupa-rupanya kami berada di Hangingstone Road, Ilkley. Patut saya nampak orang macam hiking. 

Inilah rupa hanging stone..saya snap time kami tinggalkan tempat tu. Batu yang tersangkut atas tu macam tunggu masa nak tergolek jer...hahaha. Besar lah batu tu. Discuss punya discuss, kami decide teruskan perjalanan ke Skipton sebab no choice. 

Small town di Ilkley 
Bila nampak signboard Skipton rasa macam lega lah. Ada Travelodge di Skipton ni.
Kemudian terhidang pulak view cun macam ni. 
Kami agak lewat sampai di Skipton castle...dah tutup castlenya. Ini view sekitar Skipton Castle. Kami terpaksa lupakan niat ke castle ni esok tu sebab buka agak lewat. Kami perlu keluar awal untuk teruskan perjalanan esok. So sad.
Alhamdulillah kami sempat sampai Travelodge sebelum gelap.
Hotel staff advise kami book online sebab harga berganda mahal kalau kami tak berbuat demikian. So my sis pun book lah online. Bilik kami di tingkat bawah dan di hujung block. Bilik kami ni taklah sequality bilik di York. Tapi takpe lah satu malam jer. Yang tak best bilik ni adalah, floor atas tu macam diperbuat dari kayu..orang berjalan jadi bising lah. Terganggu tidur saya.

Berakhir dulu roadtrip kami pada haritu. Nak sambung keesokannya pulak. Sebenarnya banyak lagi destination yang teringin nak singgah sepanjang di Yorkshire ni. Malangnya kami ada ada sikit commitment. Hotel dah book in advance in Cotsworld. Nak tak nak esok tu mesti sampai Cotsworld. Esok masih ada satu lagi tempat kami nak terjah sebelum menuju ke Cotsworld. Nantikan kisah seterusnya..

Bai..

March 21, 2024

The Great Land of England (Yorkshire) - Part 2

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan kepada semua. Yang masih lagi mengikuti kisah trip saya kali ni, terima kasih saya ucapkan. Terima kasih banyak-banyak spend masa membaca celoteh saya. Jika ada yang memberi manfaat, Alhamdulillah. 

10 February 2024...2nd day di York dan hari ke 8 kami bermusafir. Pagi tu kami just breakfast di dalam bilik. Dah kenyang baru sambung explore York. Ada 2 lagi tempat yang belum kami terjah. Ayuh kita...

York berkabus tebal pagi tu. Maybe semalam hujan seharian.

Dah macam ghost city. Orang pun jarang-jarang nampak.

I have a lot of energy pagi tu. Nasib baik kami dah siap-siap breakfast. Nampak macam cafe kat sini bukak lambat. Time ni dah 8.30am. Jalan raya pun lengang jer.

Where are you spider??

Kami sedang berjalan menuju ke Clifford Tower sebenarnya...sambil-sambil tu layan lah suasana berkabus pagi tu. Kami lah kut satu-satunya tourist ketika itu hahahha.

Clifford Tower nun ha di atas bukit kecik.

Masih awal time ni...tower ni pun belum dibukak.

Very peaceful suasana berkabus macam ni. Photo ni sesuai buat cover page novel seram....hehe.

Kemudian kami berjalan menuju ke tempat terakhir iaitu York Museum Garden. Pukul 9am baru bukak. Berdirilah kami berdua di depan gate ni. 10 minit jugak lah menunggu. No entrance fee ye.

Suasana di luar garden.
 
Kami orang pertama masuk ke garden ni pagi tu..hehehe. Kecik jer garden ni. Dan kami pun limited time nak berlama sebab belum siap packing. Saya pulak plan nak masak nasi lemak.

Kedatangan kami disambut dengan bunyi riang kicauan burung dan tupai melompat-lompat.

Garden ni terletak di sebelah City Walls

Ada ruins...maybe part of castle wall

Ada jugak bunga yang boleh hidup ketika winter. Terima kasih Ya Allah beri kesempatan untuk saya tengok bunga dalam musim sejuk beku...hehe.

Tak sure apa function building ni.

Tenang sangat berada dalam garden ni. Tupai pulak jinak. Saya panggil dia datang. Kalau tahu lah ada tupai jinak macam tu, sure dah bawa apa-apa makanan. Sesekali geli jugak lah bila dia dok ikut belakang..hahaha

So beautiful

Kami meninggalkan York Museum Garden. Kami melalui classic bridge ni untuk balik ke hotel. Air sungai tu mengalir tenang jer.

Cute cafe yang berkembar dengan bridge.

Cruise ni rasanya start pukul 10am.

Sampai bilik, terus masak nasi lemak dulu. Sardin dalam tin tu terus tuang dalam bekas steam. Mudah kan? Heheh. Disebabkan kami akan ambil kereta sewa, kami biar jer nasi lemak dan sardin ni dalam rice cooker. Nanti nak picnic.

Sayang nak tinggalkan Travelodge dan juga York. Traevlodge York ni adalah antara bilik yang selesa sepanjang trip kali ni. Hotel ni tak sediakan free wifi yer. Kalau nak kena bayar 3GBP dan boleh share dua device.

Lepas semua dah settle, kami pun bergerak turun dari bilik. Ada taxi stand depan hotel tu. My sis try guna uber...harga lebih kurang jer naik cab. So terus book. Tak sampai 3 minit kereta sejenis mpv sampai. Allah petemukan kami dengan orang seagama. Pakcik uber tu orang Pakistan yang lahir di UK. Borak sakan lah dia. My sis tanya mana tempat di UK yang dia recommend kami pergi. Dia sebut Reading. Saya sebenarnya pun teringin nak pergi Reading tu. Semuanya gara-gara saya pembaca tegar sequel novel Norhafsah Hamid.

Pakcik tu bagi candies ni kat kami. Katanya adat orang Pakistan bagi sweet.

Syukur Alhamdulillah process nak sewa kereta sangat smooth. Just 5 minit jer semua urusan settle. Bila Tom cakap dia bagi Honda Jazz kami imagine Jazz macam saya punya lah..tapi tidak. Jazz crosstar namanya. Agak besar dari normal jazz. Seat belakang boleh lipat naik macam normal Jazz..so boleh letak 1 luggage di situ dan satu lagi di bonet.

Oh ye, kereta ni complete with GPS. So boleh lah save internet data. Bermulalah exploration by car. Drivernya macam biasalah...tentunya my sis. Saya takde kesempatan nak drive. More than 15 years saya drive, my sis masih cakap saya tak cekap so dia tak percaya untuk saya drive..haish. Tugas saya adalah sebagai orang yang setkan location di GPS...hehe.

Untuk roadtrip menjelajah beberapa tempat di England, my sis serahkan untuk saya pilih. Syok lah saya. Saya memilih countryside dan juga small town. Pada mulanya saya teringin gila nak ke Cotswold. Bila saya study Yorkshire...lagi menarik rupanya. Untuk memulakan roadtrip ni, saya memilih untuk ke Knaresborough dulu. Tak sabar tengok kehebatan railway sejenis bridge ber arch. Jom tengok dulu view sepanjang perjalanan.

Menarik bistro ni.

Nampak gayanya suasana berkabus ni bukan saja di York, malah di seluruh tempat sepanjang perjalanan. Kabus tebal ni betul-betul menghalang pandangan untuk melihat kehijauan padang rumput luas.

Perjalanan hanyalah setengah jam. Kami tidak melalui motorway. Sepanjang perjalanan lebih kurang macam ni jer keadaan jalannya.

Akhirnya sampailah kami ke Knareborough town. Kami explore town ni dari dalam kereta jer.

Keadaan town ni tak jauh beza dari York. Agak heavy traffic time ni. Maybe sebab hari sabtu, ramai orang nak ber leisure di sini. Kami perlu mencari car park yang hampir dengan Knaresborough Viaduct

We supposed to explore more tempat ni. Nampak menarik betul.

Bila sampai jer town ni, GPS tu akan keluar nearest carpark notification...just pilih mana satu. Ikut instinct lah...dan akhirnya kami sampai carpark yang luas. River Nidd bersebelah carpark tersebut. Kita perlu ke machine untuk bayar parking. Resit kena letak di dashboard. Untuk ke tempat tujuan, kami perlu berjalan around 5 minit.

Hai halooo

Dari carpark, cross jalan...then jalan lagi.

River Nidd. Bridge tu bukan Knaresborough Viaduct ye...hehe.

Melalui lorong ni agak mencabar sebab ramai betul bawa anjing.

We almost there. Rumah-rumah ni facing River Nidd dan juga Knaresborough Viaduct.

Cantik sangat bunga-bunga ni

Antara deretan rumah facing the river. Kalau peak season sure tempat ni penuh dengan tourist.

Akhirnya sampai lah di Knaresborough Viaduct ni. Railway bridge ni bukan sekadar tatapan mata...memang ada train melaluinya. Railway bridge yang berusia more than 100 years berdiri teguh sehingga hari ni dan masih berfungsi adalah hebat. Nampak macam buruk jer hahaha. Dari segi engineering, arch shape macam ni adalah salah satu sebab menjadikan bridge ni dapat menanggung heavy load.

Patutnya kami jalan lagi ke depan dan naik ke bukit yang mana adanya castle...view dari atas pasti menarik. Sedang memulis sekarang ni ada satu perasaan...apasal lah tak lama sikit dekat sini. Patut jalan-jalan sikit dekat town. Apa laaa...hahaha.
 
Sisa titisan hujan ni cantik betul lah
 
Kami kembali ke kereta...nasi lemak masih dalam keadaan suam-suam. Nikmat betul lah makan ketika tu.

My sis uruskan semua hal barang-barang atau perkakas masak. Tugas saya hanya masak...hehe. Air panas dalam thermos dan pun dia uruskan....saya hanya bancuh air apa yang saya nak. Kami buka bonet dan duduk sambil makan dan menghayati keindahan River Nidd.

Suasana sekitar carpark

Kami menyambung perjalanan.

Nantikan kisah seterusnya untuk tahu kesudahan hari kami that day. Mana lagi kami terjah? Adakah kami selamat mencari hotel?

Bai...